twitter
rss

Pengunjung

Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM
PENASIHAT
PN. ZALINAH BT. ZUBIR
(GURU BESAR)
PENGERUSI
EN. ABDUL HADI BIN JANTAN
(GPK KURIKULUM)
TIMB. PENGERUSI
PN. AIDA @ ALPIAH BT. MOHD. KAMAL
(GPK HEM)
EN. ARIFFIN BIN HJ. ABAN
 (GPK KOKURIKULUM)
PN. FAUZIAH BT. AMRAN
 (GPK PPKI)
EN. ZAINI BIN MAD LAZIN
(GPK PETANG)
PENYELARAS PROGRAM
PN. ZUBAIDAH BT ALI
( GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA )
SETIAUSAHA
PN.AZNIDA BT. AHMAD
PN. HAZLIZA BT. KAMARUDDIN
PN. ZAHARATUL AKMA BT. MOHD KAMAL( GURU NILAM )
EN. MOHD NOR BIN BAKAR( KETUA PANITIA BM )
PN. WAN ARISAH BT. WAN ARIFFIN( KETUA PANITIA BI )
 PN. FADZILAH BT.MOHD. YUSOF
PN. NURSANTY BT. HASSAN BERSERI
GURU KELAS
WAKIL PIBG
            6.15.2  Pengenalan NILAM
                        Program ini merupakan program yang berterusan sepanjang tahun, dimulakan dengan Tahun Satu pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula, Tahun Satu dan Tahun Dua serta Tingkatan Satu akan mengikuti program ini.Begitulah seterusnya sehingga tahun 2003 penglibatan meliputi kesemua murid sekolah rendah dan menengah.
                        aktiviti yang dijalankan dalam program ini tidak terasing daripada proses pengajaran dan pembelajaran malah boleh diserap dan disepadu dalam semua bentuk aktiviti mengikut kesesuaian. Perlaksanaan program ini tidak bertujuan untuk menambah beban guru malah ia menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang kea rah pencapaian akademik yang cemerlang serta membinamasyarakat berbudaya membaca.
                        Pelbagai aktiviti galakan membaca telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah. Pihak sekolah boleh mengubahsuai aktiviti tersebut mengikut persekitaran dan tahap kemampuan murid atau membentuk aktiviti lain melalui daya kreativiti dan inovasi guru-guru.
            6.15.3  Objektif NILAM
                        1.         Menjadikan murid banyak membaca.
2.         Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreativiti dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
3.         Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan dan mempunyai daya kepimpinan.
                        4.         Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan.
                        5.         Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
            6.15.4  Target NILAM
            Pada tahun 2011 sekolah telah berjaya menghantar seorang wakil NILAM sehingga berjaya ke peringkat kebangsaan. Wakil sekolah ini telah berjaya mendapat tempat Pertama bagi kategori sekolah luar bandar. Oleh itu untuk target 2012 ini pihak sekolah mensasarkan peringkat kebangsaan juga.
6.16     Pelaksanaan NILAM
            -Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan mengahayati program ini.


       6.16.1       TANGGUNGJAWAB KOMUNITI SEKOLAH

a)  Penasihat – Guru Besar
-Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.
b)  Pengerusi- GPK 1
-Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM
-Memahami dasar dan matlamat program.
-Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
-Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan dengan lancar melalui :
·         Penyeliaan
·         Perjumpaan dengan guru
·         Temu bual ibu bapa dan murid secara informal
·         Laporan pelaksanaan
-Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM
-Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program.
-Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
-Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.
-Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM
c)  Timbalan Pengerusi –GPK HEM, GPK KO-KO, GPK Petang
-Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan beliau.
-Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM.
-Membantu pengerusi untuk menjayakan Program NILAM.
-Membantu pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan.
-Menyelia aktiviti yang menyokong program NILAM.
-Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.
-Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

d)  Penyelaras Program – Guru Perpustakaan dan Media
-Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun.
-Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan.
-Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
-Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
-Memastikan program berjalan dengan lancar.
-Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah.
-Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri.
-Mendapatkan pengesahan laporan data NILAM daripada Guru Besar.
-Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
e)  Setiausaha-Guru NILAM
-Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
-Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
-Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
-Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
-Mengumpulkan maklumat (Kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program.
-Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.
-Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
f)  Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM
-Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan / Kelas setiap bulan.
-Memasukkan data ke pengkalan data.
-Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan Pembaca.
-Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM.
-Mengemas kini data NILAM.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

g)  Ketua Panitia
-Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
-Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
-Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama Penyelaras Program.
-Memantau pelaksanaan Program NILAM.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
h)  Guru Kelas
-Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masnig.
-Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS/Koperasi dan mengedarkan kepada murid.
-Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
-Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam boring data NILAM.
-Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
-Menyerah data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap hujung bulan.
-Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.
i)  Guru Perpustakaan
-Membuat penggeredan buku.
-Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM.
-Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal).
-Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM.
-Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

j)  Wakil PIBG
-Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM.
-Menjadi pengantara untuk menyampaikan makluamt Program NILAM.
-PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku, dan kewangan.
k)  Ibu Bapa
Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak-anak, malah mereka jugak memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Matlamat program ini lebih mudah tercapai sekiranya mereka :
·         Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa.
·         Menyediakan bahan bacaan di rumah(jika berkemampuan).
·         Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain (Perpustakan awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya)
·         Memastikan anak-anak senantiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan.
·         Mengesah dan menandatangi rekod bacaan anak-anak.(sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah)
l)  Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malah merupakan ejen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut :
·         Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.
·         Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam.
·         Membantu guru PSS menyediakan pinjaman berkelompok. (bulk loan)
·         Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid.
·         Mempamerkan graf-graf bacaan murid.
m)  Murid
Secara langsung program ini melibatkan murid-murid secara aktif. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan mementukan kejayaan Program NILAM atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah seperti berikut :
·         Membaca buku sebanyak yang mungkin.
·         Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod.
·         Menentukan senantiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
·         Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
·         Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan pengiktirafan.
·         Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.
            6.16.2  Peringkat aktiviti
Program NILAM ini merangkumi semua peringkat aktiviti. Bermula dari sekolah, daerah dan seterusnya hinggalah ke peringkat negeri dan kebngsaan.
            6.16.3  Pengumpulan data
Data nilam akan dikumpul setiap hujung bulan. Kemudian pada penghujung bulan Mei dan Oktober akan dihantar ke PKG daerah masing-masing.
            6.16.4  Pengiktirafan pingat
·         Setiap murid yang layak dan mencapai target jumlah bacaan akan diberikan pengiktirafan mengikut warna pingat yang ditetapkan (Gangsa, Perak,Emas dan Nilam)
·         Pengiktirafan juga diberikan bagi Pembaca Terbanyak setiap bulan. Murid berkenaan akan dipakaikan Vest yang di tulis ‘ Pembaca Terbanyak Bulan Ini’
6.17     Pelaksanaan Tahap Rakan Pembaca
Ciri-ciri Tahap Kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di Tahap Jauhari layak memasuki Tahap RP. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
·         Proses di Tahap RP ini ialah murid RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluang untuk turut bersama berada ditempat aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara formal.
·         Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk  menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber-sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjam buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
·         Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan, antaranya:
Ø  Bercerita
Ø  Membaca bersama
Ø  Bicara buku
Ø  Meminjam buku
Ø  Syarahan
Ø  Lakonan
Ø  Diskusi

Sembang